Posted by: lloni | 26 Februari 2011

Perihal Tok Nyer



Al-kisahnya.. tok kepada tok kita asalnya drp patani..disebabkan berlaku perang pada masa tu..maka berhijrahlah Tok kpd tok kita itu ke kelantan dan menetap di Kg. Salor. Nama Tok kpd Tok kita itu ialah Hj. Ahmad bin Yaakob. Pada masa itu Hj Nik Ismail seorang guru sohor masa tu di Kota Bharu. Lalu berpergianlah Hj. Ahmad ini ke Kota Bharu untuk mencari guru utk belajar ilmu agama. Asalnya beliau tak kenal pun Hj. Ismail ni lagu mana rupa. Pada ketika dahulu bukan senang nak jadi anak murid dan belajar dgn seseorang guru, bukan calang2lah diterima(seperti dalam cerita kungfu cina). Pada suatu hari pergilah beliau ke rumah Hj. Nik Ismail dan sampai di laman rumah, beliau tak naik berjumpa tetapi sebaliknya pergi cabut rumput. Perbuatan sukarela ini berulang beberapa hari sehingga disedari oleh Hj Nik Ismail dan disapanya Hj. Ahmad ini.. “hey.. budak mu buak gapo di ghumah aku ni?”. Jwb Hj. Ahmad masa tu muda belia lagilah..”ambo maghi nak belajar ugama dgn tok guru”. ” Gi balik..” bersuara Hj. Ismail. dan Hj. Ahmad pun balik salor. Pahtu esok gi lagi. Sehingga last sekali Hj. Ismail suruh Tok kpd Tok ambo ni naik di atah ghumoh, tapi bila sudah naik bukan ajak belajar tapi kena piak dgn rotan dulu. Disebabkan nak berguru HJ. Ahmad ork jugoklah rotan pun rotanlah dulu. Tengok kpd kesungguhan Hj Ahmad ini maka last skali dia diterima belajar. Namun pesan hj. Nik Ismail kpd Hj. Ahmad dia kena duk situ tokleh balik. Maka selepas drp itu maka Tok Nyer ambo pun belajarlah dgn Hj Ismail. Duduk dan makan dirumah Hj Ismail lah. Dalam pada itu Hj Ahmad ini telah disuruh menjadi pengasuh kpd Nik Mahmud (masa tu Nik Mahmud budak kecik lagi).

Kemana Nik Ismail pergi di ajaknya Hj ahmad ikut sekali hatta pergi masuk Istana sekali pun.

Setelah habis (kira khatamlah) berguru dgn Hj. Ismail, Tok Nyer ambo ni pun balik semula ke Kg. Salor jadi To’ imam dan mengajar di Salor pulok.

p/s: Ambo dapat cerita ni drp anak Hj. Ahmad (drp isteri muda) yg dah berusia 70an semasa balik kg. 2 minggu lepas. Beliau tinggal di jalan kelochor KB. sesiapa yg ada cerita atau alkisah yg berkaitan bolehlah maklum kongsi.

Sebenarnya Hj ahmad tok nyer ambo tu ado seorang lagi adik jate namo dia Hj Husein. Dia ni telah tinggalkan segala harta benda termasuk tanah2 yg banyak termasuk ‘tanah bata’ di Jerulong dan diserahjaga oleh Hj Ahmad. Hj Husein ini telah membuka tanah di Pulau Siantan Riau Indonesia. Ramai anak cucu beliau sekarang ada di Tanjung Pinang Riau Indonesia. Salsilah Tok nyer ambo ialah Hj Ahmad bin Yaakob bin Awang Kechik/Awang Ahmad bin ‘Se-tan Patani’ (Sirtan ini mungkin nama gelaran..mungkin Sutan…atau mungkin juga Sultan…ambih masih nyiasat)

p/s: Se-tan juga mungkin nama sejenis pokok


Responses

  1. molek tu..acu baghi sini mano tau..belago..sapo namo ayahnyo tok demo tu..

    p/s: Kampung tempat duduk Hj. Amad Tok kpd tok ambo ialah di Kg. Gertak Lembu (Kg. Salor betul/asal).

  2. kalau sultan/sutan tak apa lah jangan setan sudah ler… maah ggura…hehehe

    Tok kpd Tok ambo namo dio jugak Awang Kechik yg berasal dr sekitar Kota/Salor…. tp ayohnyo Tok ambo gi duk di TanohMeroh….mungkinkah org yg sama dengan Tok kpd Tok pd Tok demo?)….


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: