Posted by: lloni | 3 Oktober 2009

Kota – Kota Yang Pernah Ujud di Kelantan

Kota Tegayong

Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, baginda yang memerintah negeri dari 1610 sehingga 1677 membuka Kota Tegayong setelah mudik ke hulu Sungai Kelantan apabila bersahabat dengan Raja Jembal. Beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Kota Jelasin

Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar.

Setelah istiadat perkahwinan itu selesai, Raja Abdullah telah membina sebuah kota di hilir Negeri Kelantan dan dinamakan “Kota Jelasin” (sekarang ini dinamakan Kampung Kota, dalam daerah Kota Bharu).

Kota Mahligai

Berita perkahwinan Raja Abdullah dengan Puteri Saadong sampai juga ke pengetahuan Raja Siam. Baginda terus

menghantar satu angkatan tentera ke Kelantan untuk merampas Puteri Saadong. Apabila sampai ke Kota Jelasin, maka berlakulah peperangan yang dahsyat. Rakyat Raja Abdullah ramai yang mati. Dalam senyap-senyap Raja Abdullah berundur ke Melor. Di sinilah baginda telah membina sebuah kota yang dinamakan Kota Mahligai.

Kota Senang

Dalam tahun 1686 M, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja dari Pattani telah datang mengadap baginda Sultan Omar. Mereka ialah Tuan Sulong (Long Sulong), Tuan Senik (Long Senik) dan Tuan Besar (Long Bahar).

Setelah berada di Kelantan beberapa lama mereka bertiga pun dikahwinkan oleh Sultan Omar. Tuan Sulong dikahwinkan dengan Cik Biru, anak kepada Penghulu Hitam, orang besar baginda yang tinggal di Kampung Laut. Tuan Senik dikahwinkan dengan Cik Seku, anak Penghulu Deraman orang besar yang tinggal di Kampung Geting, Tumpat. Tuan Besar (Long Bahar) pula dikahwinkan dengan Raja Pah, puteri baginda.

Baginda Sultan Omar telah membina sebuah kota dekat Jembal yang dinamakan kota Senang. Sekarang tempat ini dinamakan Kampung Senang. Kota ini kemudiannya diserahkan kepada menantu baginda Tuan Besar

Kota Teras

Setelah kemangkatan Sultan Omar dengan persetujuan para kerabat serta pembesar negeri maka anakanda baginda Raja Kecil Sulong ditabalkan menggantikan baginda. Baginda telah membina sebuah kota berhampiran Jembal dinamakan Kota Teras yang diperbuat daripada teras tembesu. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Kampung Teras. Baginda memerintah selama lima tahun sahaja. Pada tahun 1725 M, baginda telah mangkat dalam usia yang masih muda.

Kota Kubang Labu

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan (Long Sulong), Tuan Senik Genting (Long senik) dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Kota Raja Salor

Ramai yang tidak mengetahui akan adanya Raja Salor. Menurut satu riwayat atau cerita bahawa Raja Salor ini adalah juga keturunan Long Yunus tetapi dari anak yang bongsu…wallahu’alam.

Namun ada cerita mulut menyatakan bahawa Raja Salor adalah berasal dari Patani dan datang serta meminta izin dari pemerintah Kelantan pada masa itu untuk bermukim atau membuka satu kawasan. Maka diberilah izin dan bermukinlah dan dibina kota di kawasan Salor berhampiran sungai.

Nak diceritakan di sini ialah pada masa pemerintahan Sultan Mulut Merah (Sultan Muhammad II) telah berlaku peristiwa berdarah di mana kesemua penghuni termasuk dayang-dayang serta hulu balang telah diserang hendap dan dibunuh oleh pasukan Mulut Merah. Ini adalah ekoran dari peristiwa belaga lembu. Di mana dalam pesta laga lembu tersebut terdapat seorang anak Raja Salor yg  ‘gila iseng’  selalu mengkewa-kewa keris atas muka  anak raja Mulut Merah. Tingkahlaku ini telah disalah tafsirkan oleh anak raja Mulut Merah yg mendakwa anak Raja Salor ingin membunuh beliau. Kejadian ini diadukan kepada Sultan Mulut Merah. Atas nasihat Dato’ Perdana Menteri ketika itu bahawa kejadian itu menunjukkan Raja Salor ingin membunuh anak beliau maka oleh itu Raja Salor patut dibunuh.  Keesokan subuh hari gerombolan Mulut Merah telah menyerang hendap Raja Salor lalu dibunuh semua penghuni termasuklah seorang Sayyid yang berada bersama dalam kota tersebut.  Mereka telah disemadikan dalam kota tersebut.

Terdapat juga cerita mengatakan terdapat seorang wanita yg terlepas dari dibunuh lalu melarikan diri ke sebelah siam…wallahu’alam.

Walau apapun kesan kota dan makam-makam masih ada di tapak kota tersebut.

Kota Limbat
Merupakan pusat pemerintahan Long Ghafar di Negeri Kelantan. Pada masa yang sama  Long Yunus yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long Ghafar. Long Ghafar  dianggap GURU oleh Long Yunus kerana mengajarkan al-Quran kepadanya. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Ghafar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah ‘HUDUD’ adalah terletak di bawah bidang kuasa Long Gaffar di kota Limbat.

Kota Jeram

Pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan berakhir selepas peristiwa ‘pemberontakan Tok Janggut’ pada tahun 1915M iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah dan tinggal di Kota Jeram, Pasir Puteh.  Dari keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam ke atas negeri Kelantan inilah membawa kejatuhan kepada pemerintahan keturunan Long Gaffar ini.


Responses

  1. Highly descriptive post, I loved that bit. Will there be a part 2?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: