Posted by: lloni | 3 Oktober 2009

Sejarah Pemerintahan di Kelantan – Versi Long Ghafar

SALASILAHNYA: Asal-Usul Long Gaffar
Menurut Engku Mat (VLG), satu-satunya zuriat Long Gaffar yang pernah membacanaskhah atau manuskrip asal Sejarah Long Gaffar tulisan tangan yang telah hilang dan belum lagi ditemuinya sehingga ke hari ini, Long Gaffar atau Long Ja`afar ialah putera `Sayyid Hitam Tua` iaitu yang lebih dikenali dengan panggilan mesra rakyat sebagai `Tok Nik Reman` atau Tok Nik II`, dan jika`Tok Nik Reman` ialah juga Tuan Long Nik (Senik Getting), Datu Pujud, Reman seperti yang diutarakan oleh Christopher Buyers (CB)  dalam `Salasilah Raja-raja Kelantan (Genealogy Raja-Raja Kelantan), maka jelaslah bahawa Tuan Long Ja`afar (Ga`apar), adalah salah seo rang   dari putera Long Nik Getting dari zuriat Maharaja Surendra atau `Raja Suran`

 Sebagaimana yang tercatat dalam Sejarah Melayu, di mana baginda ialah putera Mahara ja Srimat Trailokyaraja, Maharaja Imbang Jaya (www.Royalark.com (cj. Buyers @ vi gin.net), dan zuriat merekalah yang tersebar ke seluruh Nusantara seperti Jawa, Samudra, Palembang, Jambi dan Aceh khasnya Kota Meulaboh, Aceh Barat, Sumatera di mana salasilah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dikaitkan, semuanya adalah berasal dari zuriat tiga orang putera Maharaja Srimat Trailokyaraja iaitu Maharaja Surendra (Raja Suran),  Ken Arok, raja Singasari, Sri Trimurti Sang Sapurba, raja Palembang dan pu teranya Sri Tribhuvana Sang Nila Uttama, Raja Jambi, iaitu yang tempiasnya bukan sa haja di Pulau Jawa dan Samutera tetapi juga merentasi Selat Melaka sampai ke Temasik Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) sehingga merebak ke seluruh pelusuk negerinya seperti  Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu, dan ke utaranya sampai ke Kedah dan Perlis dan melintasi sempadan Malaysia -Thailand se hingga ke beberapa wilayah selatan negara Gajah Puteh itu sehingga ke Champa, bahkan juga sampai ke Mekah di Asia Barat.

 Menurut Christopher Buyers berkait dengan Salasilah Raja-raja Kelantan (Genealogy Raja Raja Kelantan), khasnya Long Gaffar (Long Ja`afar bin Datu` Pujud Long Nik) ber mula dengan Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhushana Varma Deva (Brahma), Maharaja Imbang Jaya atau Sambugita yang meninggal tahun 1233 Masihi, iaitu mempunyai  3 orang putera yang bernama;

 1.        Maharaja Surendra - Raja Suran, Raja Jawaka (1233–1253M)

2.        Sri Trimurti Sang Sapurba –  Raja Palembang, Sumatera, indonesia,

3.        Ken Arok –  Raja Singasari, Jawa.

Maharaja Surendra atau Maharaja Suran pula yang menjadi Raja Jawaka setelah kematian bapanya pada tahun 1233 M sehingga baginda juga meninggal tahun 1353 M, mempunyai seorang putera bernama Raja Tilam, Maharaja Malayur, yang meneruskan pemerintahan ayahandanya sehingga baginda juga meninggal tahun 1335 M.  Raja Tilam pula mempunyai seorang putera bernama Raja Sakranta, di mana bagindalah yang mewarisi takhta datuknya, Raja Suran yang meninggal tahun 1253 sebagai Raja Jawaka sehingga baginda meninggal tahun 1267 M. Raja Sakranta mempunyai 6 orang anak, 2 putera dan 4 puteri:  

 1   Raja Bharubhasa yang menjadi raja dengan gelaran Sultan Mahmud

      Jiddah Ri`ayath Sa`adatu`s-Salam, iaitu Raja Langkasuka dan

      Kelantan.

 2   Raja Singadhiraja yang menjadi raja Lankasuka  menggantikan saudara

      tuanya Raja Bharubhasa yang meninggal tahun 1345M, iaitu dengan

      gelaran Sultan Sulaiman Shah.

Sementara 4 puteri Raja Sakranta ialah:  

3   Putri Chandana berkahwin dengan Maliku ‘z-Zahir, Raja Samudra

4   Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang berkawin dengan Raja Jaya singha

       Varman, Raja Champa

 5   Che Siti Wan Kembang (Raden Galuh Gemeranchang), Raja Kelantan

        Selatan 1318 – 1348M, dan  

 6    Putri Linang Kahaya, berkahwin dengan Sayyid Husayn Jamadi’l-

        Kubra (?).

Manakala Raja Bharubhasa, Raja Lankasuka dan Kelantan yang dilantik sebagai Raja Chermin, telah  dilantik menjadi Raja Lankasuka sewaktu kematian datuknya Raja Sakranta yang meninggal  tahun 1335M dan setelah menganut lslam baginda dikenali dengan Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ri’ayath Sa’adatu’s-Salam yang sekaligus pula menja di Raja Kelantan pada tahun 1345M, iaitu sehinggalah baginda meninggal tahun 1362M. Baginda mempunyai 4 orang anak, 3 putera dan seorang puteri, iaitu

 1     Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di Gunung [Radin Mas Pamari]

        yang menjadi Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum

        Sultan Mahmud, Raja Chermin,  

2     Paduka Sri Sultan Muhammad Tahir ibn al-Marhum Sultan

        Mahmud, Raja  Ligor, iaitu yang meninggal tahun 1651M, adalah induk

         kepada keluarga diraja Patani,  dan

 3     Paduka Sri Sultan Ibrahim ibnki al-Marhum Sultan Mahmud,

         iaitu di katakan Sultan Kedah.  Manakala yang puterinya ialah

4      Putri Sa’adung II (Devi Nareswari) yang berkahwin dengan Paduka Sri

         Sultan Zainal ‘Abidin Shah, Raja Champa.

 Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Jiddah, Raja Kelantan, putera sulong Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ria’ayath Sa’datu’s-Salam, Raja Lanka suka dan Kelantan, telah dilantik sebagai Raja Tanjungpura dan Chermin semasa hayat ayahandanya, bahkan menjadi Raja Kelantan setelah baginda meninggal pada tahun 1362M. Paduka Sri Sultan Baki Shah sendiri yang meninggal pada tahun 1418M, memperolehi 3 orang anak, 2 putera dan seorang puteri: 

 1   Paduka Sri Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri ibni al-       Marhum Sultan Baki Shah, Raja Kelantan

 2   Raja Kemas Jiwa Sang Ajit Jaya Ningrat, raja Nenggiri yang         dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan         Baki Shah, Raja Kelantan, dan seorang lagi yang puteri ialah

 3    Puteri Selindung Bulan, berkahwin dengan Sayyid Husayn Jama di’l-Kubra [Rat navamsa {Pandita Parnen}, di mana daripada merekalah iaitu khasnya dari  zuriat Sayyid `Ali Nuru`l-`Alam ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra bermulanya raja-raja dan ulama-ulama di Nusantara dan sekitarnya yang berketurunan ‘sayyid’  dari ke turunan Nabi Muhammad Salla’l-Lah ‘alayhi wa Alihi wa Sallam, khasnya dari zuriat Imam Ja`afar a`s-Sodiq `alayhi`s-salam, iaitu yang dikatakan induk atau moyang kepada Long Gaffar dan Sheikh Daud al-Fatani, yang pertama pengasas wangsa raja-raja Kelantan dari zuriatnya, dan yang akhir seorang ulama  tersohor Patani di abad silam.
Puteri Selindung Bulan yang bersuamikan Sayyid Husayn Jamadi’l-Kubra itu memper olihi 2 orang putera:

 1  Sayyid ‘Ali Nuru’l-‘Alam ibn  Sayyid Husayn Jamadi’l-Kub- ra, baginda sebagai Perdana Menteri Kelantan atau Pateh Ariya Gajah Mada bagi pihak Empayar Majapahit tahun 1432 – 1467M. Seorang lagi putera mereka ialah,

 2    Sayyid  Muhammad Kebungsuan ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra, Prabhu Anum/Udaya ning-Rat/Bhra Wijaya, iaitu moyang  kepada raja-raja Demak, Pajang, Mataram, Jawa.

 Manakala Sayyid ‘Ali Nuru’l-Alam, Pateh Ariya Gajah Mada mempunyai 3  orang putera ialah;

 1      Wan Husayn bin ‘Ali Nuru’l-Alam, Sri Amara Wangsa [Tok Masjid], Pateh Majapahit

 2     Sultan Maulana Sharif Abu ‘Abdi’l-Lah Mahmud ‘Umdatu’d-Din [Syaikh Israel Yakub] {Wan Bo Tri Tri } atau Wan Abu  atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Is- ra’il ( Shaghir, H.W.M, ‘Abdullah, 1990: 10 -11), Raja Champa 1471 – 1478M. Baginda berkahwin dengan Sharifa Mudain, Ratu Mas Rara Santang, puteri Radin Pamanasara Prabhu Si lawangi, Pajajaran, Banten di Jawa, dan dengan isterinya Nyai Sabanglarang, puteri Ki Gedeng Tapa, baginda memperolihi zuriat:

1   Ahmad Fatahi’l-Lah [ Syarif Hidayatu’l-Lah] bin Sultan Abu ‘Abdi’l-Lah, iaitu moyang kepada keluarga diraja Banten, Cheri bon dan      Palembang, dan  

2   Wan ‘Abu’l-Muzaffar Waliyu’l-Lah bin Sultan Abu ‘Abdi ’l -Lah,      berzuriatkan,

       a)    Dato’ Nik Jamal’ud-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar, Timbalan Raja Champa, juga bergelar Datu’ Kelantan, dan b) Dato` Nik Mustafa, Jambu, Jering, Patani.  Menurut suatu riwayat, Raja Patani pernah melantik gabenornya memerintah Kelantan yang berpusat di Pengkalan Datu. Di antara  datu-datu yang memerintah Kelantan bagi pihak Patani termasuklah Datu Jamalu’d-Din (1547M  ), iaitu abang kepada Dato`   Nik Mus tafa yang memerintah Jambu, Patani (H.W.M Shaghir, 1990:    9). Dato` Nik  Mustafa yang memerintah Jering, Patani dikatakan mengajak saudaranya Dato` Nik Jamalu’d-Din menyerang orang-orang Yuwun (Annam) untuk membalas dendam. Mereka berjaya menguasai bandar Phan Rang dan sekaligus Dato` Mustafa menjadi Raja Champa, iaitu dengan gelaran Sultan ‘Abdu’l-Hamid (1577 – 1637M). Di Champa, baginda dikenali sebagai ‘Po Rome’ dan di kalangan masyarakat Cam dan Kelantan den gan gelaran, ‘Ong  Tpoua’  (H.W.M. 1990: 10 dan  Warisan Kelantan).  

Dato` Nik Jamalu’d-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar mempunyai 2 orang putera:  

 i    Raja Loyor,  menjadi raja Kelantan dengan gelaran` Paduka Seri Sultan ‘Adilu’d-Din bin Jama lu ’d-Din,dan   

ii   Raja Ekok yang juga menjadi raja Kelantan dengan gelaran Paduka Seri Sultan Samiru’d-Din bin Jamalu’d-Din..

Putera Wan ‘Abu’l-Muzaffar yang lain,

b)  Dato’ Nik Mustafa yang menjadi Paduka Seri Sultan ‘Abdu’l-Hamid Shah bin Wan ‘Abu’l-Muzaffar, Raja Seri Sarwasadesa dan  Champa pada tahun 1578 – 1637M, pula mempunyai 3 orang putera iaitu;

  a   Datu’ Nik Ibrahim yang bergelar Raja Ibrahim bin Sultan ‘Abdu’l-         Hamid Shah, Datu Kelantan 1634 – 1637M dan menjadi  Raja Champa 1637 – 1684M. 

Putera-putera Dato` Nik Mustafa bin Wan Abu`l-Muzaffar  yang lain ialah:

      b   Nik Badru`s-Salam dan  

      c   Dato` Nik `Ali   yang bergelar Datu’ Maharaja Lela, Penglima  Agung Tentera Patani.   Beliau,menurut Haji Wan Muhammad Shaghir (HWM, Shaghir, 1990: 10) juga bergelar ‘Tok Koda Bonang’, telah merantau ke Sulawesi Selatan dan setelah beberapa lama  berada di sana, ia pulang ke Patani sewaktu pemerintahan Raja Ungu (1624–1635M). Nik ‘Ali ini yang         dikatakan menggantikan Faqih Ali al-Malabari yang terbunuh dalam Perang  Patani – Siam tahun 1634M. Faqih ‘Ali al-Malabari bergelar Temenggong Sri Paduka’ dan  Nik ‘Ali pula bergelar ‘Datuk Sri Maharajalela’.

 Manakala Nik Badru’s-Salam, Pembangun Keluarga Diraja Singgora (Thailand) juga mempunyai 3 orang putera:  

 i   Wan Muhammad Amin bin Nik Badru’s-Salam [Po Jata muh] Raja Champa 1684M.

 ii  Wan Daim bin Nik Badru’s-Salam, Raja Champa 1684–1692M     dahulunya, sebagai Dato’ Jambu, Patani, mempunyai 3 orang putera:  

 a)       Tuan Sulong [Dato` Pasir], Dato` Kelantan Barat 1698 – 1713M, juga mempunyai zuriat:

            i)    Long Muhammad bin Tuan Sulong, Raja Kelantan Barat     1717-1757M,  dan  

            ii)   Long Pandak bin Tuan Sulong, Sultan Long Pandak bin           Tuan Sulong, Raja Kelantan, iaitu yang dikata kan juga  empunyai putera bernama Long Muhammad yang menjadi sultan Kelantan ber gekar ‘Sultan Long Muhammad’.

Seorang lagi putera Wan/Raja Daim ialah,

b)       Tuan Besar Long Bahar, Paduka Seri Sultan Long Bahar ibni al-marhum Raja Daim, Raja Kelantan dan Patani, dan saudaranya yang lain ialah 

c)       Tuan Long Nik  bin Raja Daim [Senik Getting], Datu Pujud, Reman, Patani.  Baginda pula mempunyai 5 orang anak, 4 putera dan seorang puteri:

             i)  Long Nuh, Datu Pujud menjadi Raja Nuh bin Datu Pujud Long Nik, Raja Patani, Thailand,

            ii)  Long Man bin Datu Pujud Long Nik,  

           iii)  Long Deraman (Raja Abdu’r-Rahman)  bin Tuan Long Nik Raja Ligor, Patani,

           iv)  Long Ja’afar bin Datu Pujud Long Nik,Tengku Seri Maharaja Perdana Mentri, 1763M (Chief Minister of Kelantan, 1763M) Baginda meninggal pada tahun 1794 (?), memperolehi seorang putera (?) iaitu Engku Limbat, Engku Seri Maharaja Perdana Menteri (m. 1851M). Seorang lagi anak  Tuan Long Nik yang perempuan, ialah  

             v)  Tengku Tengah, berkahwin dengan Paduka Seri Sultan Long Muhammad bin al-Mar hum Sultan Long Pandak, Raja Kelantan (m. 1763M).  

Putera Sayyid ‘Ali Nuru’l-Alam yang lain,  

3  Wan Demali ‘Alimu’d-Din bin Nu’l-‘Alam, Pateh Karmawijaya Majapahit dan Laksamana  Benta.

 
Misteri Pengembaraan 3 Putera Raja

Berhubung dengan tiga putera raja dari Pagar Ruyung ini, tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, adakah mereka putera-putera raja Palembang, Jambi atau Kota Meulaboh, Aceh Barat, iaitu dari zuriat Sultan Iskandar Muda Makhota Alam. Namun, riwayat lisannya (VLG) menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di Indonesia di mana menu rut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka adik-beradik lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri memba wa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dan Kota Meulaboh, Aceh Barat, Sumatera, Indonesia, dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, “untung sabut  timbul dan jika untung batu tenggelam. Mereka terpaksa me redah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang leng kap dengan segala perala tannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka ,kerana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepa da Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahui nya, tiba -tiba seekor `ikan ke kacang’ yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana bagi nya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang diri nya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya ?!

Bendang Saring
Setelah berihat seketika sambil bersyukur kepada Allah di atas ke selamatan yang dikurniakan Allah kepadanya, baginda terpaksa meneruskan perjalanan nya tanpa dua saudaranya itu. Dengan menyerah diri dan masibnya kepada Yang Maha Esa berjalanlah baginda, masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang, malah naik bukit turun bukit, lama kelamaan sampailah ia ke `Bendang Saring’, iaitu suatu wi layah negeri yang terletak di antara Yala (Jala) dengan Patani (Thailand).   

Pesta Memilih Menantu
Setibanya di sana didapati rajanya mempunyai seorang puteri yang bernama Neng Cayang. Puteri ini amat cantik dan menjadi rebutan ramai di kalangan putera-putera raja di seluruh pelusuk negeri.Raja Bendang Saring berfikir bagai mana cara terbaik untuk memilih bakal suami puteri kesayangannya itu. Lalu terlintas di fikiran baginda akan pokok saring yang menjadi sempena nama negeri baginda. Pokok Saring, sejenis pokok kipas yang amat tingggi ini, rupa-rupanya telah memberi ilham ke pada baginda untuk mengadakan pesta memilih menantu kelak dan sekaligus pokok ini juga dijadikan asas dan syarat utama pertandingan, di mana baginda ingin menga dakan pertandingan untuk memanjatnya. Oleh itu barangsiapa yang berjaya memanjatnya dan dapat pula mengambil barang sepelepah daunnya maka dialah yang akan dijadikan me nantu raja kelak dan 10 buah negeri dalam taklukan baginda turut menjadi hak miliknya. Dengan tawaran hadiah yang begitu istimewa itu,  ramailah putera-putera raja telah men cuba nasih mereka untuk memperisterikan Puteri Neng Cayang, di mana seorang demi seorang silih berganti memanjat pokok saring yang paling tinggi itu, tetapi semua mere ka itu gagal. Lantas baginda meme rintahkan agar diisytiharkan bahawa: “Tidak kira se siapa sahaja meskipun dari ka langan rakyat jelata layak untuk mencuba nasib de ngan menyertai pertandingan”

 Kecerdikan Terserlah
Pengisytiharan raja itu terdengar ke telinga putera tengah
yang baru tiba di negeri itu yang menyebabkan ia amat ingin untuk mencuba nasibnya te tapi apabila hasratnya diberitahukan kepada raja orang ramai yang hadir mentertawa kan nya sehingga ada yang mengatakannya gila, bahkan lebih dari itu menggelarkannya `Batak Putih’. Betapa hinanya putera itu pada pandangan orang ramai yang tidak tahu menahu akan asal-usulnya yang sebenar. Namun begitu, segala kata-kata penghinaan itu tidak lah melemahkan semangat dan hasratnya bahkan ia menjadi perangsang kepadanya yang menambahkan tekad dan azamnya untuk mencapai hasratnya dansekaligus iapun membe ranikan dirinya untuk menyatakannya kepada raja Bendang Saring akan hasrat dan keingi nannya untuk mencuba nasibnya, lantas berdatang sembah memohon kepada raja agar me menuhi dua syarat iaitu agar disediakan kepadanya seberapa banyak paku dan sebilah kapak. Betapa panjang akal dan bijaksananya orang digelarkan `Batak Putih’ itu terserlah pada budi bicara dan permohonannya, di mana semua perkara yang dipohonkan itu me mang berguna kepadanya. Paku boleh digunakan untuk membuat tangga di batang pokok dan kapak pula dapat dijadikan pengerat pelepah daun saring yang dikehendaki raja itu. Setelah semuanya disediakan iapun memulakan memanjat pokok itu, iaitu selangkah de mi selangkah dengan menggunakan paku sebagai tangga berpijak dan kapak sebagai pengerat pelepahnya yang dapat memenuhi hasratnya.

Kasih Saudara Melebihi Segala
Akhirnya,ia berjaya sampai kepuncaknya dan apabila dilihatnya pokok saring itu hanya ada tiga pelepah sahaja telah mengingat kannya ada tiga bersaudara yang semuanya menjadi mangsa bahtera karam di laut sehingga tidak lah terfikir langsung untuk memenangi pertandingan memanjat pokok setinggi itu untuk menjadi menantu raja.Oleh itu ia berseru dan berdoa kepada Tuhan “Wahai di mana sa haja abangnya berada ..!”  sambil menujukan salah satu pelepah saring yang dipotongnya itu kepada abangnya. Berikutnya apabila dipotongnya pelepah pertama itu ianya terus hilang dibawa angin, hilang entah ke mana dan demikian juga pelepah kedua yang dihasratkan agar sampai kepada adiknya, tetapi dengan izin Allah Ta`ala , dikatakan baha wa kedua-dua pelepah yang berterbangan hilang dari pemandangan mata itu telah tiba ke destinasinya masing-masing, iaitu sampai kepada kedua-dua saudaranya, di mana mereka semua amat gembira dan sukacita kerana mengetahui saudaranya yang tengah itu masih hidup. Sementara itu, pelepah yang satu lagi yang dapat menentukan nasibnya juga dipo tongnya dan sekaligus jatuh ke bumi, betul-betul di bawah pokoknya iaitu sebagai mana yang dipohon dan dihasratkannya dalam doanya.
Apabila turun ke bawah, orang ramai yang hairan dan terpegun menyaksikan keheba tannya memanjat pokok itu dari awal hingga akhirnya, segera menyambutnya dengan pe nuh hormat dan mengalu-ngalukannya lalu dipersembahkan kepada raja Bendang Saring dan iapun diiajabkabulkan dengan Neng Cayang, Puteri kesayangan baginda.

Tak Kenal Tak Cinta
Pada mulanya, dikatakan Puteri Neng Cayang tidak melaya yaninya itu kerana tidak setuju dengan perkahwinan itu, bahkan menganggapnya ayahan danya zalim kerana menyangka bahawa ayahandanya memaksanya berkahwin dengan pe muda yang tidak diketahui akan asal-usulnya, iaitu yang berkeadaan comot, kotor dan ti- dak terurus badan dan pakaian akibat gembaraannya yang lama sehinggakan menjadi mangsa bahtera karam di laut, tetapi sebagai seorang raja yang adil lagi saksama, bijaksa na dan tinggi firasatnya maka baginda tetap dengan pendirian dan keputusannya iaitu se bagaimana yang dijanjikannya.Lantaran, bagi baginda semestinya ada sesuatu yang isti- mewa, aneh dan luar biasa pada menantunya itu sehingga ia boleh memenangi syambara memilih menantu dengan mengalahkan semua putera-putera raja dari seluruh pelusuk ne geri. Oleh itu baginda menitahkan para pegawai dan pegawal istana agar berjaga  malam bergilir-gilir untuk memerhatikan segala gerak-geri dan tingkah laku menantunya itu. Akhirnya, pada kira-kira jam 4.00 pagi atau lewat malam, setelah pada fikirannya bahawa tiada sesiapa yang melihat dan mengetahuinya, maka si menantu itupun keluarlah daripa da peraduannya untuk pergi ke bilik persiraman iaitu selepas menanggal pakaiannya (sa- rung ?) dan terus memasuki bilik persiraman. Alangkah terkejut dan hairannya segala pe ngawal istana tatkala menyaksikan betapa tampan dan cantiknya fizikal dan rupa paras menantu raja itu !  Apabila selesai sahaja bersiram tanpa diketahui ada orang yang memer hatikannya ia pun menyarung kembali pakaian lamanya dan terus masuk ke bilik peradu- annya. Namun begitu, dikatakan Puteri Neng Cayang yang belum mengetahui siapa sebe narnya tidak me layani suaminya itu. Tetapi pada keesokannya para pengawal yang ditu gaskan mengintip menantu raja itu bercerita tentang apa yang dilihat mereka padan ma lam sebelumnya lan tas ayahanda Puteri Neng Cayang memerintahkan pengawal-peng awal istananya meneruskan lagi intipan mereka pada malam berikutnya dan sekaligus me merangkapnya agar bertindak mengambil pakaian menantunya ketika ia sedang bersiram kelak, dan setelah berjaya sebagaimana mengikut arahan raja lalu unggun api dinyalakan dan pakaian (sarung ?) dibakar sehingga cahaya darinya menerangi seluruh bilik persira man yang menyebabkan ia terpinga-pinga dan kelamkabut kerana didapatinya pakaian-     nya telah hilang. Namun demikian ia segera  diberikan sepersalinan pakaian baru yang la yak dengan menantu raja. Kemudian ia dititahkan supaya mengadap ayahanda mertuanya raja Bendang Saring. Sejak terbongkarnya rahsia sebenar bahawa menantu raja itu adalah putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, Sumatera menjadikannya begitu tersohor ke seluruh lapi san rakyat di negeri Bendang  Saring dan sekitarnya.

Long Gaffar Putera Tok Nik Reman
Putera Tengah dari Pagar Ruyung  menjadi menantu Raja Bendang Saring ini akhirnya lebih dikenali sebagai “Tok Nik Bendang Saring’. Perkahwinannya dengan Puteri Neng Cayang sangatlah bahagia dan dikurniai Allah Ta`ala seorang putera yang dikenali sebagai Syed Hitam Tua, dan setelah merajai Reman , salah sebuah wilayah Pattani lama, dekat Yala, Thailand maka baginda dikenali sebagai “Tok Nik Reman” atau “Tok Nik II”. Baginda pula memperolihi 4 orang pute ra., yang sulongnya ialah Long Gaffar, iaitu yang dikatakan nama asalnya “Radin Panji” (Abdul Razak Mahmud, 2002: 167), sebagai Raja Muda yang bergelar `Baginda’ sejak kecil lagi. Manakala putera kedua ialah Raja Jambu yang memerintah Jambu.

Putera ketiga ia lah yang memerintah Yala. Putera Keempat ialah Raja yang memerintah Jering.

Neng Mas Adik Angkat Long Gaffar
Oleh kerana tiada anak perempuan dan ter lalu menginginkannya meskipun bukan dari zuriatnya sendiri, maka Tok Nik Reman pun   mengambil Neng Mas, anak perempuan Long Deraman, raja Legeh yang juga saudara ba ginda (VLG) atau pun menurut versi lain ialah Engku Tengah, iaitu saudara Long Deraman sendiri (Sa`ad Shukri,1971 :55)  dijadikan adik angkat Long Gaffar, putera raja Reman itu. Sete- lah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun mereka membesar bersama sebagai adik-beradik kandung, menjadi dewasa mengikut acuan dan asuhan seba gai putera-puteri raja yang mempunyai keistimewaannya masing-masing.

Semasa Remajanya
Baginda Long Gaffar, sebagai Raja Muda atau Putera Mahko ta yang telah diasuh dan dididik dengan agama dan ditanamkan semangat keperwiraan, ia itu yang bukan sahaja mempunyai sifat-sifat seperti berani dan kental dalam menghadapi mu suh tetapi juga berhemah tinggi, jujur, bertanggungjawab, pengasih dan berbudi baha sa. Tabiat dan kegemarannya ialah suka mengembara mengikut jejak langkah nenek moyangnya, kerana menurut Adat Perpatih dari Minangkabau, seorang lelaki terutamanya putera raja digalakkan supaya mengembara sama ada untuk membuka negeri baru atau untuk mencari pengalaman hidup. Namun tabiat dan kegemaran ini tidaklah direstui oleh ayahandanya kerana Long Gaffar adalah bakal raja, bahkan ditakuti puteranya ini akan dilebalkan sebagai “Pengembara Jalanan” yang berkelana sepanjang hayatnya.

Membela Ayam Laga
Bagaimana pun, setelah usianya meningkat dewasa menjadi remaja putera yang perkasa maka Putera Mahkota ini ingin juga menyahut cabaran adat diraja ini, maka ia pun keluar mengembara mencari ilmu dan pengelaman. Setelah bebera pa lama berkelana dari satu daerah ke satu daerah dan dari satu negeri ke satu negeri yang lain, timbul pula suatu minat baru di hatinya untuk mencari dan membela ayam laga (sa- bung), iaitu yang menjadi kegemaran di kalangan para remaja di negeri Reman pada za- man itu, di mana Long Gaffar juga tidak terlepas dari kegemaran ini.

Oleh itu, baginda dikatakan telah memelihara 3 ekor ayam sabung, seekor diberina- ma“Bakah Racun”, iaitu yang berparuh helang, bermata ular dan berbadan warna putih tulang (kapas) keseluruhannya sampai ke ekornya yang hanya sehelai sahaja bulunya yang berwarna hitam.Ayam ini pernah menjadi juara dalam pertandingan menyabung ayam di Kota Reman Seekor lagi ialah `Hijau Kambu’ kerana badannya hijau di hujung dan putih di pangkalnya. Manakala yang lain ialah ayam selasih yang diberinama `Sitam Raja Reman’ (VLG).
Long Gaffar adalah jaguh ayam laga yang disegani, dan dengan memakai keduk juara ayam laga ini baginda yang ditemani Long Yunus berjalan ke mana-mana dalam negeri Kelantan, Pattani, Legeh dan Reman, mengadu ayam sabungnya. Bagaimana pun, ia tidak melakukan sebarang bentuk perjudian dalam penyabungan ini, di mana mereka berdua ti- dak lebih dari hanya dua orang pengelana yang tidak diketahui asal-usulnya di kalangan rakyat biasa (Abdul Razak Mahmud, 2002: 167).


Respon

  1. Saudari Yushartini…tentang pantang memakan rebung buluh itu berkait dengan kisah Raja Jembal..

  2. Beberapa tahun yang lalu, semasa masih di bangku sekolah rendah, saya diingatkan olah nenek, Sapiah bt Debak, dan ibu saya, Habsah bt Ismail supaya tidak makan rebung buluh bentung dan ikan kekacang kerana saya dari keturunan Raja Long Ghaffar. Kami adik beradik tiada gelaran keturunan kerana nenek saya yang seorang lagi, Wan Mersari kahwin dengan Cina mualaf. Pada masa itu, kalaulah si bapa tiada gelaran tengku, nik dsbnya, maka anak pun begitu juga. Hari ini saya sudah membaca sejarah Raja Gaffar tetapi belum jumpa kaitan dengan rebung buluh bentung.

  3. Terimakasih Mohammad Rozie…tentang perkisahan dari sejarah negara tekah tersebut telah saya baca beberapa tahun dahulu…namun apa yg saya dapati banyak yg bercanggah..

  4. Salam. Saya cadangkan tuan supaya membaca blog ini: http://sejarahnagarakedah.blogspot.com dan juga meneliti buku Undang-undang Kedah, terjemahan rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mungkin ada kaitan dengan Long Ja’far atau Long Ghaffar. Menarik artikel Tuan ini. Wallahu a’lam…

  5. satu tulisan yg kurang tepat tentang pengsejarahan Kelantan…saya rasa kita penduduk setempat lebih mengetahui.. http://merahsilu.blogspot.com/2011/07/menjejak-kegemilangan-lama-pantai-timur_13.html

  6. salam, saya kalau boleh nak mengetahui sejrah kelantan versi Long Gaffar sambungan daripada tercatat di sini,, sebab byk sangat yang saya baca sejarah negeri kelantan berbeza-beza fakta. mungkin tidak merujuk kepada para-para ulama2 terdahulu.

  7. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum,
    Kisah sejarah memang menarik untuk dibaca…lebih2 lagi yang berkaitan dengan sejarah keturunan. Kisah asal usul LOng Ghafar amat menarik minat saya kerana ianya juga berkaitan dengan asal usul keturunan saya yang saya cari sekian lama.Alhamdulillah bertemu juga akhirnya.Cumanya saya tidak tahu nenek moyang saya bersambung dengan nasab yg mana. saya amat yakin pertalian keluarga saya amat rapat dengan keturunan Long gafar. lebih2 lagi dengan kerajaan Majapahit II. Ini kerana dalam keluarga saya turun temurun sebilah keris pusaka berluk 13 berhulukan ciri hulu majapahit dan ianya ada lima bersaudara. Kami di pesan melaui mimpi agar keris itu dibalut dengan kain kuning, dan makhluk Allah yang muncul dalam mimpi setiap anak sulung keturunan kami itu akan muncul dengan berpakaian pendekar serba kehitaman.
    Jikalai ada sesuatu musibah yang akan berlaku dalam keluarga kami maka keris itu akan memberi isyarat. dengan mengeluarkan bunyi seperti berlaga antara kers dengan sarungnya.
    Pernah suatu ketika seorang pesllat yang agak handal dari utara tanah air cuba untuk membuka keris itu dari sarungnya tapi berjaya, tapi bila saya membukanya amat senang sekali.
    Saya menceritakan semua ini disini adalah untuk mencari kalau ada sesiapa yang tahu mengenai sejarah keris lima bersaudara, adakah ia berkait rapat dengan HAng tuah 5 bersaudara…Keris pusaka yang ada dengan keluarga saya ualah yang sulung. Menyebabkan saya terfikir adalah ia keris hang tuah…bagaimanapun ianya hanyalah tekaan saya sahaja kerana tidak ada hujahyang dapat saya buktikan. Keris itu berbau wangi spt kasturi walaupun ayah saya tidak pernah memperasapkannya sekadar membalut nya dengan kain kuning sebagaimana yang diarahkan dalam mimpi, baunya itu melekat kpd kain yang membalutnnya. wallahu aa’laam
    kalau sesiapa di sini yg tahu kisah keris lima bersaudara tolong lah beritahu saya melalui email saya Terima kasih.assalamualaikum

  8. Mohon mendapat penjelasan kaitan versi lain,

    http://sembangkuala.wordpress.com/2010/05/31/the-state-of-reman-in-hulu-perak/#comment-1069


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: